BAGI MENAMPUNG KAPASITI DAN PERMINTAAN YANG TINGGI PARA PENCINTA AL-QURAN DARIPADA SELURUH MALAYSIA, PIHAK KAMI TELAH MEMBELI SEBIDANG TANAH BERKELUASAN TIGA EKAR SETENGAH DI BATU 23, SUNGAI LUI YANG BERALAMAT H.S(M) 04623, PT-5438 UNTUK MEMBANGUNKAN SEKOLAH TAHFIZ AL-FADHNI FASA 2 YANG LEBIH SELESA DAN LUAS. TANAH TERSEBUT TELAH DIBELI DENGAN HARGA RM470,000. SEBAGAI PENDAHULUAN PIHAK KAMI TELAH MEMBAYAR SEBANYAK RM170,000 DAN BAKINYA RM300,000 AKAN DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT DALAM TEMPOH SETAHUN (12 BULAN).

MENGIKUT PELAN PEMBANGUNAN FADHNI, TANAH TERSEBUT BAKAL DIBANGUNKAN DENGAN BEBERAPA BLOK BANGUNAN SEPERTI:

SURAU
BLOK-BLOK ASRAMA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
BLOK PENTADBIRAN
KELAS-KELAS PENGAJIAN
RUMAH-RUMAH GURU
DEWAN SERBAGUNA
DIANGGARKAN SEKOLAH TAHFIZ AL-FADHNI FASA 2 INI BAKAL MENEMPATKAN SERAMAI 500 PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR UMUM DAN YATIM DARI SELURUH NEGARA.

PIHAK KAMI KINI SUDAH MULA MELANCARKAN TABUNG PEMBANGUNAN FASA 2 DAN PENGURUSAN FADHNI UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI TUJUAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN FASA 2 DAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENGURUSAN SERTA OPERASI SEMASA SEKOLAH.

SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MENGALU-ALUKAN SEGALA SUMBANGAN ANDA DALAM APA JUA BENTUK BAGI USAHA MURNI INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN WADUL FADHNI MANAGEMENT ATAU BERURUSAN TERUS DENGAN USTAZ M. RAZI ASROR, SELAKU PIHAK YANG MENGURUSKAN PEMBINAAN SEKOLAH INI.