https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606464477.png

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (9)

PERKEMBANGANAN TERKINI PEMBINAAN TAHFIZ AL FADHNI 2 (NOVEMBER, 2012)
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMBERIKAN KEKUATAN DALAM KITA MELAKUKAN KEBAIKAN.

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MUSTOFA NABI KITA, NABI MUHAMMAD SAW, SERTA KE ATAS AHLI KELUARGANYA DAN PARA SAHABAT SEKELIAN.

PERKEMBANGAN FADHNI FASA 2, ALHAMDULILLAH, BERJALAN DENGAN BAIK. WALAUPUN ADA SEDIKIT KELEWATAN KERANA BEBERAPA MASALAH LUAR JANGKA, NAMUN KERJA-KERJA PEMBINAAN MASIH LAGI DITERUSKAN. MOGA ALLAH MEMBERIKAN KERINGANAN DAN KEMUDAHAN DALAM USAHA INI.

BAYARAN BAGI TANAH SEBANYAK RM470,000, ALHAMDULILLAH, TELAH HABIS DILANGSAIKAN. SEKARANG USAHA-USAHA UNTUK MENYIAPKAN BANGUNAN SEDANG GIAT DIJALANKAN. BAYARAN BAGI BANGUNAN YANG TELAH KAMI LEPASKAN ADALAH SEBANYAK RM540,000, DARIPADA BAYARAN KESELURUHANNYA IAITU RM700,000.

JADI, BAYARAN PEMBINAAN BANGUNAN MASIH LAGI BERBAKI RM160,000. SEKARANG PEMASANGAN PAIP DAN PENDAWAIAN PADA BANGUNAN SEDANG GIAT DIJALANKAN.

INSYA’ALLAH HUJUNG TAHUN INI BANGUNAN SERBAGUNA INI AKAN SIAP. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA USAHA INI, AMIIIN.

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN YANG SEDANG GIAT DIJALANKAN PADA WAKTU INI.

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606464433.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (8)

PERKEMBANGANAN TERKINI PEMBINAAN TAHFIZ AL FADHNI 2 (JULAI, 2012)
ALHAMDULILLAH, PEMBINAAN BANGUNAN SERBAGUNA SEKOLAH TAHFIZ AL FADHNI BERJALAN DENGAN BAIK.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PUAN YANG MEMBANTU DALAM PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ INI. ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK TUAN DAN PUAN SEKELIAN.

BAYARAN BANGUNAN SEBANYAK RM330,000 DARIPADA RM700,000 TELAH KAMI BAYAR PADA PIHAK KONTRAKTOR. INI MENJADIKAN BAKI BAYARAN BANGUNAN YANG BELUM DIBAYAR ADALAH SEBANYAK RM370,000.

PERINGKAT PEMBINAAN SEKARANG SUDAH MENCAPAI HAMPIR 50%. KAMI MINTA DOA DARIPADA TUAN DAN PUAN SEKELIAN AGAR PROJEK INI BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR.

BAGI BAYARAN TANAH PULA, KAMI TELAH MEMBAYAR RM390,000 DARIPADA HARGA KESELURUHANNYA, IAITU RM470,000. INI MENJADIKAN BAKI BAYARAN TANAH YANG BELUM DIBAYAR ADALAH SEBANYAK RM80,000 SAHAJA.

SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH PADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DIATAS SUMBANGAN YANG TELAH DI BERIKAN. SEMOGA ALLAH MEMBALAS DAN MENGIRA SEGALA AMALAN KITA SEBAGAI AMALAN YANG SOLEH DAN BERMANFAAT PADA KITA DIDUNIA DAN AKHIRAT.

AKHIR KATA SAYA MINTA DOA DARI TUAN DAN PUAN SEKELIAN AGAR DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ AL FADHNI INI. TIDAK MAMPU KAMI LAKUKAN SEGALA USAHA INI MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH. SEMOGA DENGAN DOA DARI TUAN DAN PUAN SEKELIAN SEGALA URUSAN PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ INI DAPAT DIPERMUDAHKAN LAGI.

AMIN.

DIBAWAH INI SAYA SERTAKAN GAMBAR-GAMBAR BANGUNAN YANG KETIKA INI SEDANG DIBUAT.

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606464141.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (7)

SEJUTA PENGHARGAAN KAMI UCAPKAN KEPADA TUAN DAN PUAN SEKALIAN YANG BANYAK MEMBANTU KAMI DALAM MENJAYAKAN PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ AL FADHNI FASA DUA. ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK TUAN DAN PUAN SEMUA. SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIIKTIRAF OLEH ALLAH TAALA SEBAGAI AMALAN YANG SOLEH.

PERKEMBANGAN PEMBINAAN SEKARANG, KAMI TELAH MULA MEMBINA TINGKAT YANG KEDUA. KERJA-KERJA MENGKONKRIT LANTAI TINGKAT KEDUA SEDANG GIAT DIJALANKAN. PEMBINAAN TIANG DAN DINDING UNTUK TINGKAT YANG KEDUA AKAN DILAKUKAN SELEPAS ITU. SETAKAT INI PEMBAYARAN YANG TELAH KAMI LAKUKAN PADA PIHAK KONTRAKTOR YANG MEMBINA BANGUNAN INI ADALAH SEBANYAK RM260,000 (DUA RATUS ENAM PULUH RIBU) DARIPADA RM700,000 (TUJUH RATUS RIBU), IAITU HARGA KESELURUHAN BAGI BANGUNAN SERBAGUNA DUA TINGKAT YANG SEDANG DIUSAHAKAN.

MENGIKUT JADUAL, KAMI SEPATUTNYA MEMBAYAR RM20,000 LAGI PADA 22.3.2012 YANG LEPAS, TETAPI DISEBABKAN KEKURANGAN DANA, MAKA KAMI TERPAKSA MENANGGUHKAN DULU PEMBAYARAN TERSEBUT.

BAGI PERKEMBANGAN PEMBAYARAN TANAH PULA PIHAK KAMI TELAH MEMBAYAR RM340,000 (TIGA RATUS EMPAT PULUH RIBU) DARIPADA RM470,000 ( EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU), IAITU HARGA KESELURUHAN TANAH TERSEBUT. BAKI YANG BELUM DIBAYAR ADALAH SEBANYAK RM130,000 (SERATUS TIGA PULUH RIBU).

SELEPAS PEMBINAAN BANGUNAN SERBAGUNA DUA TINGKAT INI SELESAI, PIHAK KAMI BERHASRAT UNTUK MEMBINA BANGUNAN SURAU YANG BERHARGA RM350,000 (TIGA RATUS LIMA PULUH RIBU). WALAU BAGAIMANAPUN KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA BANGUNAN SERBAGUNA DUA TINGKAT INI UNTUK DISIAPKAN DAHULU.

DI BAWAH INI KAMI SERTAKAN GAMBAR PEMBINAAN BANGUNAN DUA TINGKAT YANG SEDANG GIAT DIJALANKAN:

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606463939.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (6)

PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI KINI HAMPIR SAMPAI PADA PERINGKAT PEMBINAAN LANTAI TINGKAT YANG KEDUA. BAYARAN YANG TELAH KAMI BUAT SETAKAT INI ADALAH SEBANYAK RM190,000/=.

PADA HUJUNG FEBUARI 2012 PULA DIJANGKA BAYARAN KETIGA IAITU SEBANYAK RM90,000/= AKAN DILAKUKAN. KAMI BERDOA PADA ALLAH AGAR SEGALA USAHA INI AKAN BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. TIDAK MAMPU KAMI LAKUKAN SEGALA KERJA-KERJA INI MELAINKAN DENGAN PERTOLONGANNYA.

BARANGSIAPA DARI KALANGAN TUAN DAN PUAN DI LUAR SANA YANG INGIN MEMBANTU PEMBINAAN INI BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN MENOLONG MENGUTIP DANA MELALUI RESIT WAKAF YANG KAMI BEKALKAN PADA TUAN DAN PUAN SEKELIAN. DI BAWAH INI KAMI SERTAKAN GAMBAR-GAMBAR PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI YANG TERKINI.

 

 

 

 


SEMOGA SEGALA USAHA INI AKAN MENDAPAT KEREDHA’AN DARI ALLAH S.W.T AMIIIN…

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606463888.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (5)

MAKLUMAN TERKINI PEMBINAAN TAHFIZ AL FADHNI (NOV. 2011)
ALHAMDULILLAH, PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ AL-FADHNI FASA 2 TELAH BERMULA. PEMBINAAN TELAH DIMULAKAN PADA HARI RAYA AIDILADHA YANG KETIGA BARU-BARU INI (NOV. 2011).

PADA PERINGKAT AWAL PIHAK KAMI BERHASRAT UNTUK MEMBINA BANGUNAN SURAU DAHULU, TETAPI MEMANDANGKAN KEUTAMAAN KEPERLUAN, MAKA PIHAK KAMI MEMUTUSKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN SERBAGUNA DUA TINGKAT BERBENTUK ‘L’ DAHULU. KELUASAN BANGUNAN INI IALAH 14000 KAKI PERSEGI. HARGA BANGUNAN INI IALAH RM700,000/=.

PEMBINAAN SURAU AKAN DIBUAT SELEPAS PEMBINAAN BANGUNAN SERBAGUNA INI SIAP. DI BAWAH INI KAMI SERTAKAN BEBERAPA GAMBAR PEMBINAAN BANGUNAN SERBAGUNA YANG KETIKA INI SEDANG GIAT DIJALANKAN.


KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN SERBAGUNA (NOVEMBER 2011).


 

BAGI PEMBINAAN FOATING, BEAM DAN LANTAI BAHAGIAN BAWAH, PIHAK KAMI TELAH MEMBAYAR RM100,000 KEPADA PIHAK KONTRAKTOR. BAYARAN RM100,000 BERIKUTNYA AKAN DIBAYAR PADA PERTENGAHAN BULAN DISEMBER 2011.

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606463766.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2-4

MAKLUMAN TERKINI PEMBINAAN TAHFIZ AL FADHNI (SEP. 2011)

PIHAK KAMI SEKARANG SEDANG MEMBAIKI JALAN UNTUK MASUK KESEKOLAH TAHFIZ AL-FADHNI. INI BAGI MEMBOLEHKAN KENDERAAN-KENDERAAN YANG MEMBAWA BAHAN BINAAN BOLEH MASUK DENGAN SELAMAT.

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN BAGI MEMBAIKI JALAN INI ADALAH SEKITAR RM35,000/=.

BAGI MENJADIKAN JALAN INI SELAMAT UNTUK DILALUI, PIHAK KAMI TELAH MERANCANG UNTUK MELAKSANAKAN LANGKAH DI BAWAH:

MEMBUAT BATU SANGKAR DENGAN MENGGUNAKAN BATU GUNUNG DI BAHAGIAN BAWAH LERENG JALAN, SETINGGI DUA TINGKAT SANGKAR BATU GUNUNG.
#SEPANJANG LERENG JALAN AKAN DIIKAT DENGAN BATU GUNUNG SEKITAR 100 METER. LALUAN AIR AKAN DIBUAT BAGI MEMASTIKAN JALAN BOLEH BERTAHAN LAMA KERANA KEROSAKAN JALAN ADALAH BERPUNCA DARI LALUAN AIR YANG DERAS AKIBAT HUJAN. #PENURAPAN JALAN MENGGUNAKAN SIMEN KONKRIT ADALAH SEJAUH 500 METER. #PENURAPAN JALAN MENGGUNAKAN BATU PULA ADALAH 500 METER JUGA.

KERJA-KERJA PEMBAIKAN JALAN MASUK (SEPTEMBER 2011).

LAGI
https://my02.awfatech.com/alfadhni/content/news/newsf1_Root_1606463641.jpg

PEMBANGUNAN AL FADHNI FASA 2 (2)

UNTUK MEREALISASIKAN PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ AL-FADHNI FASA 2, KAMI TELAH MEMBAHAGIKAN PEMBINAAN INI KEPADA TIGA PERINGKAT:
PERINGKAT PERTAMA:

PEMBELIAN TANAH
PEMBERSIHAN, PENAMBAKAN DAN PRA INFRA.
PEMBELIAN TANAH SELUAS TIGA EKAR SETENGAH DI BATU 23 SUNGAI LUI (H.S (M) 04623, PT5438). HARGA TANAH IALAH RM470,000. RM170,000 TELAH DIBAYAR SEBAGAI PENDAHULUAN. BAKI DUIT TANAH YANG BELUM DIBAYAR IALAH RM300,000. BAKI DUIT TERSEBUT TELAH DIPERSETUJUI BERSAMA DENGAN TUAN TANAH UNTUK DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT DALAM TEMPOH SETAHUN.

PEMBERSIHAN DAN PENAMBAKAN TANAH TELAH MULA DILAKUKAN DAN KESEMUA KOS INI DIANGGARKAN SEBANYAK RM130,000, TERMASUK DENGAN KOS PRA INFRA.


KERJA-KERJA PENAMBAKAN DAN MERATAKAN TANAH MULA DIJALANKAN SEKITAR AWAL JULAI 2011.

LAGI

Page 2 of 2