PERKEMBANGANAN TERKINI PEMBINAAN TAHFIZ AL FADHNI 2 (NOVEMBER, 2012)
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MEMBERIKAN KEKUATAN DALAM KITA MELAKUKAN KEBAIKAN.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MUSTOFA NABI KITA, NABI MUHAMMAD SAW, SERTA KE ATAS AHLI KELUARGANYA DAN PARA SAHABAT SEKELIAN.
PERKEMBANGAN FADHNI FASA 2, ALHAMDULILLAH, BERJALAN DENGAN BAIK. WALAUPUN ADA SEDIKIT KELEWATAN KERANA BEBERAPA MASALAH LUAR JANGKA, NAMUN KERJA-KERJA PEMBINAAN MASIH LAGI DITERUSKAN. MOGA ALLAH MEMBERIKAN KERINGANAN DAN KEMUDAHAN DALAM USAHA INI.
BAYARAN BAGI TANAH SEBANYAK RM470,000, ALHAMDULILLAH, TELAH HABIS DILANGSAIKAN. SEKARANG USAHA-USAHA UNTUK MENYIAPKAN BANGUNAN SEDANG GIAT DIJALANKAN. BAYARAN BAGI BANGUNAN YANG TELAH KAMI LEPASKAN ADALAH SEBANYAK RM540,000, DARIPADA BAYARAN KESELURUHANNYA IAITU RM700,000.
JADI, BAYARAN PEMBINAAN BANGUNAN MASIH LAGI BERBAKI RM160,000. SEKARANG PEMASANGAN PAIP DAN PENDAWAIAN PADA BANGUNAN SEDANG GIAT DIJALANKAN.
INSYA’ALLAH HUJUNG TAHUN INI BANGUNAN SERBAGUNA INI AKAN SIAP. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA USAHA INI, AMIIIN.
BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR TERBARU PEMBINAAN BANGUNAN YANG SEDANG GIAT DIJALANKAN PADA WAKTU INI.