:
Sukatan%20Mata%20Pelajaran


SUKATAN MATA PELAJARAN

Secara asasnya, sistem pembelajaran di Sekolah Tahfiz Al-Fadhni dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Pengajian Hafazan, Pengajian akademik/Pendidikan Islam dan pengajian kitab Turath.

Pengajian Hafazan

Pengajian di sini menggunakan satu sistem hafazan kaedah Al-Fadhni yang diadaptasi daripada kaedah hafazan sebuah madrasah tahfiz di Wadul Fadhni, Sudan. Kaedah ini telah terbukti dan berjaya melahirkan para huffaz melalui persediaan hafazan yang lebih sistematik dan berkesan.

Pengajian Akademik/ Pendidikan Islam

Para pelajar akan mengikuti pengajian akademik yang menepati sukatan KBSR dan KBSM seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Matapelajaran asas tersebut adalah seperti berikut:

  • Tauhid
  • Feqah
  • Akhlak/Tasauf
  • Tajwid
  • Tafsir
  • Hadish
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Tulisan&Bacaan jawi
  • Amali Solat
  • Pengajian Kitab Turath

Para pelajar tingkatan dua, tiga dan empat akan mengikuti pengajian kitab Turath yang meliputi kitab-kitab seperti berikut:

  • Hidayatus Sibyan (Feqah)
  • Muniyatul Musollin (Feqah)
  • Terjemah Matan Fathul Qarib (Feqah)
  • Risalah Tauhid (Tauhid)
  • Faridatul Faraid (Tauhid)
  • Akidatun Najin (Tauhid)
  • Penawar Bagi Hati (Tasauf)
  • Bidayatul Hidayah (Tasauf)
  • Hidayatus Salikin (Tasauf)

Para pelajar tingkatan lima dan enam pula akan menumpukan perhatian kepada mata pelajaran peperiksaan SPM.