:
Biodata%20Pengasas


Ustaz M Razi bin Asror Al-Hafiz

Beliau telah dilahirkan di Klang, Selangor dan mendapat pendidikan di Univerisiti of Africa Khortoum Sudan di bidang pengajian Bahasa Arab.

Selain itu, beliau juga telah berguru dengan 7 orang guru di dalam dan luar negara bagi mendalami lagi pengajiannya di bidang hafazan Al-Quran. Dengan ilmu Al-Quran yang diperolehinya itu telah membuka peluang kepada beliau untuk menabur budi di bidang pengajaran Al-Quran kepada pelajar tahfiz selama lebih 14 tahun.

Beliau sebelum ini adalah Imam 1 di Masjid Kg. Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor di samping menjadi Pendakwah Bebas dan Perunding Latihan yang sering memberikan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, masjid-masjid dan di pelbagai program latihan Islami dan Insani sekitar Lembah Klang.